FacebookInstagramTwitterContact

 

Short-End Treasuries Fall, Asia Stocks Trade Flat: Markets Wrap           >>           Sydney’s New $6 Billion Gem Expects Twice As Many Tourists As The Opera House           >>           Japan's Stock Market Got You Confused? Try Analyzing Eyebrows           >>           Qatar Injected $43 Billion to Help Banks After Boycott, S&P Says           >>           Passenger Plane Damaged After Overshooting Runway In Nigeria           >>           Goalkeeper Alves Eyes Flamengo Return Ahead Of Copa Libertadores           >>           Abbas Questions "Strange" U.S. Mideast Policies           >>           U.S. Adds Ansarul Islam To Terrorist List           >>           Ugandan President Museveni To Host FIFA World Cup Trophy           >>           U.S. Soldier Killed In Non-Combat Incident In Iraq           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:57AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rakyat perlu gandakan usaha pelbagaikan ekonomi negara


YANG Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bersama Pegawai-Pegawai Eksekutif UNISSA.

 


 February 15th, 2018  |  09:39 AM  |   137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam sejak mencapai kemerdekaan pada 1984, terus mengecapi pembangunan yang pesat dan menikmati kemakmuran serta antara taraf kehidupan yang tertinggi di rantau Asia, di mana kemakmuran itu adalah atas keprihatinan serta kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Sebagai rakyat Brunei tidak boleh berpuas hati dan berasa selesa dengan pembangunan yang telah tercapai, tetapi untuk terus berusaha supaya negara akan mampu bersaing dengan negara-negara membangun dan maju di dunia.

 

Kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara harus dipertahankan dan usaha harus digandakan supaya ekonomi negara yang kini masih lagi bergantung pada industri minyak dan gas dapat dipelbagaikan.

 

Sebagai contoh meningkatkan ekonomi dalam sektor perdagangan, pertanian, perhutanan dan perikanan, perkhidmatan domestik dan persendirian serta bidang lain.

 

Perkara tersebut merupakan antara inti pati Kuliah Khas yang disampaikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, pada Kuliah / Aktiviti Ilmiah bagi Kursus Melayu Islam Beraja Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi 2018 (Semester 2), berlangsung di Auditorium, UNISSA, Gadong, Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat Dato juga menjelaskan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat mengalakkan keusahawanan dalam kalangan belia sama ada dari sudut membekalkan pengusaha dengan ilmu keusahawanan dan membantu pengusaha sehingga mereka berjaya dalam perusahaan mereka.

 

Menurut Yang Berhormat Dato juga bagi jangka panjang, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya boleh berdaya tahan melalui peningkatan produktiviti berterusan.

 

Ini bermakna keluaran syarikat-syarikat dalam negara ditingkatkan tanpa menambah lebih banyak tenaga buruh atau penggunaan tanah atau kapital, tetapi adalah dengan menggunakan teknologi baharu, automasi dan inovasi serta melalui penyelidikan dan pendidikan atau latihan.

 

Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) bertajuk Keusahawanan Menyumbang Pertumbuhan KDNK Demi Mencapai Wawasan 2035 membicarakan mengenai kepentingan menceburkan diri dalam keusahawanan sebagai langkah untuk menyumbang ke arah pertumbuhan KDNK demi mencapai Wawasan 2035.

 

Dalam Kuliah Khas tersebut, Yang Berhormat juga banyak memberikan motivasi dan semangat kepada mahasiswa/i untuk berani mencuba menceburkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana serta menasihati agar tidak mudah menyerah juga berputus asa.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga berharap agar UNISSA dapat melahirkan graduan yang mampu berdikari sendiri sepertimana yang digalakkan dalam agama Islam dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan dari sudut mencari pekerjaan.

 

Kuliah Khas Melayu Islam Beraja anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) itu dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Teknologi dan Multimedia, Dr. Adam bin Jait. Kursus Melayu Islam Beraja adalah kursus yang ditawarkan kepada mahasiswa/i Tahun 1, UNISSA yang dikategorikan sebagai kursus Wajib Universiti.

 

Dalam keberhasilan kursus MIB ini, mahasiswa/i diharap akan memahami konsep MIB dengan lebih dalam dan luas serta menjadikan MIB sebagai pegangan cara hidup dalam menghadapi gelombang moden dan arus globalisasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Teacher Killed, Five Students Injured In Lok Kawi Accident

 2018-02-21 08:39:55

Liu Wen: China Supermodel's New Year Message Sparks Row

 2018-02-21 08:51:50

Short-End Treasuries Fall, Asia Stocks Trade Flat: Markets Wrap

 2018-02-21 09:35:48