FacebookInstagramTwitterContact

 

Short-End Treasuries Fall, Asia Stocks Trade Flat: Markets Wrap           >>           Sydney’s New $6 Billion Gem Expects Twice As Many Tourists As The Opera House           >>           Japan's Stock Market Got You Confused? Try Analyzing Eyebrows           >>           Qatar Injected $43 Billion to Help Banks After Boycott, S&P Says           >>           Passenger Plane Damaged After Overshooting Runway In Nigeria           >>           Goalkeeper Alves Eyes Flamengo Return Ahead Of Copa Libertadores           >>           Abbas Questions "Strange" U.S. Mideast Policies           >>           U.S. Adds Ansarul Islam To Terrorist List           >>           Ugandan President Museveni To Host FIFA World Cup Trophy           >>           U.S. Soldier Killed In Non-Combat Incident In Iraq           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:57AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Melestari hidangan Brunei pada Minggu Gastronomi Brunei 2018


KETUA Pramugari bagi Penerbangan Diraja Brunei (RB), Dayang Nur Rita Syakirah Abdullah semasa ditemu bual (tengah).

 


 February 15th, 2018  |  09:22 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Minggu Gastronomi Brunei merupakan inisiatif tahunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Lembaga Pelancongan Brunei di mana ia dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34 dengan kerjasama kementerian dengan beberapa hotel dan restoran di Brunei Darussalam.

 

Minggu Gastronomi Brunei 2018 akan bermula dari 23 Februari hingga 11 Mac 2018 di kesemua hotel dan restoran yang mengambil bahagian.

 

Sehubungan itu, Pelita Brunei membuat pendekatan bersama beberapa peserta yang menyertai Minggu Gastronomi Brunei 2018 yang juga merupakan pemenang-pemenang anugerah pada Minggu Gastronomi Brunei tahun lepas.

 

Executive Sous Chef, Hotel Antarabangsa Rizqun, Awang Rezal bin Othman ketika ditemui berkata, mereka ingin membuat masakan lebih menarik yang kaya dengan keunikan warisan dan khazanah yang dapat dipersembahkan.

 

Dengan tema 'Daun Pisang' bagi tahun ini jelasnya, elemen tempatan masih dikekalkan tetapi dari segi persembahan hidangan akan lebih ditingkatkan yang mana tahun ini mereka menghidangkan berbagai-bagai jenis Pakis, Kerepek Tahai, Kerabu Mangga, Daun Kaduk dengan Madu Kelulut.

 

Sebagai pemenang The Best Taste bagi Minggu Gastronomi Brunei tahun lepas, beliau berkata, pada tahun lepas, Minggu Gastronomi membawakan tema 'Buluh'. Mereka menghidangkan Ayam Pansuh dan Ikan Pansuh, Rasa Tahai, Udang Bertunu dengan Bambangan, Kembayau Terung Iban dan Udang Durian.

 

Manakala Ketua Pramugari bagi Penerbangan Diraja Brunei (RB), Dayang Nur Rita Syakirah Abdullah pula menjelaskan, makanan yang dihidangkan pada tahun lepas dengan tema 'Buluh' iaitu Nasi Katok dan Bubur Si Bujang.

 

Dengan makanan tersebut jelasnya, mereka berjaya memenangi Anugerah The Wholesomeness dan ia setentunya memberikan mereka lebih bersemangat untuk ikut serta lagi pada tahun ini.

 

Beliau menambah, tahun ini dua menu baharu yang akan dihidangkan di setiap penerbangan iaitu Pais Ikan Tenggiri dengan Nasi Kunyit dan Ayam Kunyit dengan Nasi Putih dan 'dessert' pula ialah Kukus Pisang bagi Business Class, manakala bagi Economy Class ialah Lapis Beras Brunei.

 

Bagi Ana Amalina selaku Jr Chef d Partie, The Empire Hotel & Country Club berkata, pada tahun lepas, mereka menghidangkan masakan di luar tema dengan menghasilkan masakan lain daripada yang lain dan memenangi Anugerah The Best Presentation.

 

Pada tahun ini katanya, mereka menghidangkan Ayam Masak Brunei dan Kuih Lenggang Nakhoda Manis dan tahun lepas Yam flavoured Brunei Cheese Cake dan Ikan Merah Masak Serai Lemak Bercili.

 

Beliau berharap dengan menyertai Minggu Gastronomi Brunei ini akan dapat melestarikan lagi hidangan Brunei ke peringkat antarabangsa serta menambahkan ilmu dalam memasak dan persembahan hidangan selain mencuba sesuatu yang baharu serta memperbangkitkan lagi masakan Brunei dengan mengimbau kembali masakan / makanan yang sudah pupus dan dilupakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Teacher Killed, Five Students Injured In Lok Kawi Accident

 2018-02-21 08:39:55

Liu Wen: China Supermodel's New Year Message Sparks Row

 2018-02-21 08:51:50

Short-End Treasuries Fall, Asia Stocks Trade Flat: Markets Wrap

 2018-02-21 09:35:48