FacebookInstagramTwitterContact

 

Generasi muda perlu berani terajui pembangunan           >>           Pengukuhan 'Maqasid Syar'iah' pemangkin kejayaan negara           >>           Berangkat ke Majlis Kesyukuran Ulang Tahun HK Ke-34           >>           Rumah Terbuka eratkan hubungan           >>           Rakyat Daerah Temburong panjatkan Doa Kesyukuran           >>           Puerto Rico's Arecibo Observatory Saved From Uncertain Fate           >>           23 Attorneys General Refile Challenge To FCC Net Neutrality Repeal           >>           Robinhood's Commission-Free Cryptocurrency Trading Is Live           >>           Organic Family Farm Ruined By Herbicide Drift: A Case Study (And Warning For Humanity)           >>           Castor Oil Is Great For Thickening And Regrowing Hair, Eyelashes And Eyebrows           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:57AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berpuas hati dengan pengurusan Maktab Urusan Haji Negara


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi.

 


 February 13th, 2018  |  10:42 AM  |   364 views

JEDDAH, ARAB SAUDI

 

Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah telah mengadakan perjumpaan dan Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri Tahun 1439 Hijrah yang berlangsung pada 11 Februari yang lalu di bangunan Kementerian Haji dan Umrah di Jeddah, Arab Saudi. 

 

Mengetuai bagi Kerajaan Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Kerajaan Arab Saudi diketuai oleh Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin.

 

Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dalam ucapannya memuji pengurusan Maktab Urusan Haji Negara Brunei Darussalam kerana dapat mengekalkan  usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengurus jemaah haji pada musim haji yang lalu sehingga jemaah haji dapat melaksanakan ibadat haji dengan lebih sempurna dan bersistem.

 

Ujarnya lagi, jemaah haji Negara Brunei Darussalam juga dapat mengekalkan sebagai jemaah haji yang terbaik dan terurus, mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi dan  menumpukan sepenuhnya ke atas pelaksanaan manasik haji. Kementerian Haji dan Umrah dan agensi-agensi berkenaan di Arab Saudi akan sentiasa memberikan bantuan kepada semua jemaah haji termasuk dari Negara Brunei Darussalam dam selaras dengan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Negara Arab Saudi supaya memberikan perkhidmatan dan keselesaan yang terbaik bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam.

 

Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam ucapannya melahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Arab Saudi dan Kementerian Haji dan Umrah atas pengurusan dan pengendalian cemerlang serta layanan baik yang diberikan kepada jemaah haji sepanjang musim haji 1438H yang lalu. 

 

Yang Berhormat seterusnya menyambut baik atas undangan dan komitmen tinggi Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dalam mengadakan perbincangan dan rundingan berterusan mengenai hal ehwal pengurusan haji bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama, semata-mata bagi kepentingan kebajikan dan keselesaan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada setiap musim haji.

 

 

 

Sejurus selepas mesyuarat diadakan, Yang Berhormat  bersama Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi telah mengadakan Sidang Media berhubung dengan mesyuarat tersebut.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara kedua-dua negara, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara yang menjadi kepentingan bersama.

 

Turut menghadiri Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail; Pemangku Konsul Agong Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Pengiran Haji Irman bin Pengiran Haji Othman; Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad dan wakil Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Awang Haji Abd Nasir bin Haji Bolhassan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Surprise Reunion For Teacher Turned Into Viral Video

 2018-02-23 10:08:35

Kim Jong-Nam Murder: Suspects 'Were Paid For TV Pranks'

 2018-02-23 10:16:06

Funds Clash Over Which Way the Australian Dollar Is Headed

 2018-02-23 10:53:26