FacebookInstagramTwitterContact

 

In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked           >>           $54 Billion Fund Seeks New Risks to Counter Fading Stock Premium           >>           Post Confirmation           >>           Oman Weighs $2 Billion Loan After Multi-Billion-Dollar Bond           >>           Over 205 Students Receive Contributions           >>           Bitcoin May Split 50 Times In 2018 As Forking Craze Mounts           >>           Next Stop, Mars? Life-Detection Gear Passes Test On Earth           >>           Facebook's 'Trusted' News Source Survey Is Two Simple Questions           >>           Apple Releases Meltdown Patches For Older Versions Of MacOS           >>           Blizzard Games Were Vulnerable To A Remote Hijacking Exploit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


ITS A GIG 7
January 24th, 2018 | 20:00 PM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:04AM

Subuh

: 05:14AM

Syuruk

: 06:36AM

Doha

: 06:59AM

Zohor

: 12:33PM

Asar

: 03:55PM

Maghrib

: 06:29PM

Isyak

: 07:42PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 200 rekrut tamat latihan


SETIAUSAHA Tetap (Dasar dan Pelaburan) Kementerian Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa memeriksa perbarisan.

 


 January 13th, 2018  |  11:00 AM  |   420 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 163 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-160 dan 56 anggota Rekrut Wanita Pengambilan Ke-53 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison.

 

Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 31 minggu sementara bagi rekrut wanita selama 21 minggu.

 

Tetamu kehormat bagi Upacara Perbarisan Tamat Latihan itu ialah Setiausaha Tetap (Dasar dan Pelaburan) Kementerian Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Terdahulu, tetamu kehormat  memeriksa perbarisan dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan rekrut dijalankan.

 

Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki Ke-160 adalah 15737 Sarjan Awang Md. Ali bin Haji Ismail bagi Platun Sarjan Lelaki Terbaik; 15566 Lans Koperal Awang Suhardi bin Kurus bagi Jurulatih Lelaki Terbaik; 52308 Rekrut (L) Awang Md. Zulizam bin Shamri bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan; 52175 Rekrut Awang Ahmad Firdaus bin Yusup bagi Rekrut Terbaik Penembak Senjata Ringan; 52272 Rekrut (U) Awangku Md. Izzat Suffi bin Pengiran Emran bagi Latihan Jasmani Terbaik; dan 52180 Rekrut Awangku Aminor Ariffin bin Pengiran Amir Hamzah bagi Kemahiran Tentera Terbaik.

 

Manakala rekrut wanita juga diberikan anugerah dalam kategori yang sama, iaitu 21324 Sarjan Dayang Hajah Norhafizah binti Haji Duraman bagi Platun Sarjan Wanita Terbaik; 21243 Koperal Dayang Linda binti Serudin bagi Jurulatih Wanita Terbaik; 21875 Rekrut Dayangku Khalisha binti Pengiran Abd. Rahman bagi Rekrut Wanita Terbaik Keseluruhan; 21870 Rekrut Dayang Almas Syadwanie binti Kamis bagi Penembak Senjata Ringan Rekrut Terbaik; 21885 Rekrut (U) Dayang Siti Marhayati binti Ahmad bagi Latihan Jasmani Terbaik; dan 21860 Rekrut Dayang Nurhafizah binti Harun bagi Kemahiran Tentera Terbaik.         

 

Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; pemerintah angkatan tentera, komandan-komandan, para pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB serta ahli keluarga dan kawan rekrut- rekrut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Something ‘Fishy’ In Electoral Roll For Luyang Constituency – DAP

 2018-01-24 09:19:39

Pakistan Zainab Murder: Police Arrest Suspect

 2018-01-24 09:42:49

In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked

 2018-01-24 11:18:56