FacebookInstagramTwitterContact

 

In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked           >>           $54 Billion Fund Seeks New Risks to Counter Fading Stock Premium           >>           Post Confirmation           >>           Oman Weighs $2 Billion Loan After Multi-Billion-Dollar Bond           >>           Over 205 Students Receive Contributions           >>           Bitcoin May Split 50 Times In 2018 As Forking Craze Mounts           >>           Next Stop, Mars? Life-Detection Gear Passes Test On Earth           >>           Facebook's 'Trusted' News Source Survey Is Two Simple Questions           >>           Apple Releases Meltdown Patches For Older Versions Of MacOS           >>           Blizzard Games Were Vulnerable To A Remote Hijacking Exploit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


ITS A GIG 7
January 24th, 2018 | 20:00 PM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:04AM

Subuh

: 05:14AM

Syuruk

: 06:36AM

Doha

: 06:59AM

Zohor

: 12:33PM

Asar

: 03:55PM

Maghrib

: 06:29PM

Isyak

: 07:42PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat hadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31

 


 November 14th, 2017  |  13:34 PM  |   341 views

MANILA, REPUBLIK FILIPINA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31.

 

Selepas Majlis Pembukaan Rasmi, Kebawah DYMM seterusnya berkenan berangkat bersama-sama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang lain bagi Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC).

 

Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 ini dimulakan dengan Ucapan Pembukaan daripada Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte bagi mengalu-alukan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN.

 

Pada Sesi Plenari tersebut, Kebawah DYMM mengurniakan titah menyatakan bahawa ASEAN perlu berusaha gigih ke arah proses membangun Komuniti ASEAN untuk memastikan rantau yang terbuka, inklusif dan aman. Dengan berbuat demikian, ASEAN akan dapat memastikan kejayaannya untuk generasi yang akan datang.

 

Baginda seterusnya menyatakan bahawa ASEAN telah mencapai banyak kemajuan yang membanggakan terutamanya dalam menyumbang ke arah keamanan serta kestabilan serantau dan mempromosikan pertumbuhan ekonomi. Ia juga amat penting bagi ASEAN untuk memantapkan lagi pencapaiannya dengan mengutamakan usaha-usaha integrasi melalui Komuniti Ekonomi ASEAN.

 

Kebawah DYMM kemudian bertitah mengambil baik mengenai unjuran bahawa ASEAN dijangka akan menjadi empat ekonomi terbesar di dunia menjelang 2030. Dalam hal ini, Baginda menggesa ASEAN untuk melipat-gandakan usahanya dalam perdagangan intra-ASEAN menjelang 2025 dan untuk memuktamadkan perundingan RCEP dengan segera.

 

Kebawah DYMM juga menyeru ASEAN untuk memberikan tindakbalas yang segera mengenai permulaan Fourth Industrial Revolution dengan memperkembangkan lagi kesiapsiagaan serantau untuk memperolehi manfaatnya terutamanya dalam ekonomi digital. Ia dijangka akan meningkatkan pasaran e-dagang serantau dari 30 bilion dalam tahun 2016 menjadi 200 bilion dollar Amerika menjelang tahun 2025.

 

Melihat akan kesan ekonomi digital yang meluas, titah baginda, ASEAN juga perlu menyediakan dasar yang bersesuaian dalam pelbagai bidang. Selain dari itu, baginda menggariskan kepentingan untuk mengembangluaskan lagi hubungan ASEAN bersama negara-negara Rakan Dialog dalam meningkatkan lagi keamanan dan keselamatan.

 

Baginda selanjutnya memuji ikatan erat, kepercayaan, keyakinan dan kerjasama rapat yang dikongsikan oleh semua negara anggota ASEAN. Baginda juga berpendapat bahawa pertalian tersebut telah membentuk asas agenda pembangunan Komuniti ASEAN.

 

Sebagai cara mempromosikan perpaduan di antara masyarakat ASEAN, baginda menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam akan memberikan 50 biasiswa dalam perkembangan kemahiran perhubungan profesional untuk rakyat dari negara-negara anggota ASEAN bagi tempoh lima tahun.

 

Pada Sidang Plenari tersebut juga, para Pemimpin ASEAN bersetuju untuk melantik Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Lim Jock Hoi, sebagai Setiausaha Agung ASEAN bagi tempoh lima tahun mulai 2018 - 2022.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Something ‘Fishy’ In Electoral Roll For Luyang Constituency – DAP

 2018-01-24 09:19:39

Pakistan Zainab Murder: Police Arrest Suspect

 2018-01-24 09:42:49

In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked

 2018-01-24 11:18:56