FacebookInstagramTwitterContact

 

Dawn Lecture           >>           3rd National Scientific Symposium           >>           3rd National Scientific Symposium           >>           China Pumps More Money Into Market           >>           Britain's Pro-Brexit Party UKIP Passes No Confidence Vote In Leader           >>           Canadian PM To Attend World Economic Forum Meeting           >>           British Engineers Find Way To Hold Large Objects In Mid-Air With Sound           >>           Hamburg Sack Head Coach Markus Gisdol           >>           Cristiano Ronaldo Uses Phone To Check Head Wound In Real's Win Vs. Deportivo           >>           Dawn Lecture           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


Mazalina Wedding Expo
January 26th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:04AM

Subuh

: 05:14AM

Syuruk

: 06:35AM

Doha

: 06:59AM

Zohor

: 12:33PM

Asar

: 03:54PM

Maghrib

: 06:28PM

Isyak

: 07:41PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan ke Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN.

 


 November 14th, 2017  |  13:32 PM  |   520 views

MANILA, REPUBLIK FILIPINA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan berangkat bersama-sama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN; Pemimpin-Pemimpin Negara Rakan Dialog; Setiausaha Agung ASEAN, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Kebudayaan Filipina (CCP).

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Kebudayaan Filipina (CCP) dijunjung oleh Ketua Protokol Presiden Republik Filipina, Robert Borje.

 

Kebawah DYMM seterusnya dialu-alukan secara rasmi oleh Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte berserta Puan Cielito Avancena.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan beredar bersama-sama para Pemimpin yang lain bagi Majlis Pembukaan Rasmi.

 

Sejurus memasuki Dewan Nicanor Abelardo, Kebawah DYMM bersama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang lain; Pemimpin-Pemimpin Negara Rakan Dialog; Setiausaha Agung ASEAN dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijunjung menaiki pentas bagi sesi bergambar rasmi ASEAN.

 

Pada Majlis Pembukaan Rasmi tersebut, TYT Presiden Republik Filipina selaku Pengerusi ASEAN telah menyampaikan Ucapan Pembukaan, di mana TYT mengalu-alukan kehadiran Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN; Pemimpin-Pemimpin Negara Rakan Dialog; Setiausaha Agung ASEAN dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Sidang Kemuncak tersebut.

 

Majlis Pembukaan Rasmi ini diserikan lagi dengan persembahan bercorak warna-warni, lagu tema ASEAN dan lagu yang dicipta khas oleh negara Tuan Rumah ASEAN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Salleh All Praise For UMS’ Community Homes CSR Programme

 2018-01-22 08:53:23

Kabul: Gunmen shot Intercontinental Hotel diners – eyewitness

 2018-01-22 09:06:24

Singapore Office Rents to Rise the Most in Asia

 2018-01-22 09:45:06