FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Shop House in Seria Town • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: +673 222 0178/+673 873 2975           >>           Buoy uses AI and machine learning to keep your water bills low           >>           Hackers stole data from 57 million Uber riders, drivers: CEO           >>           Obec abandons half-completed school project           >>           Berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran           >>           Menerima mengadap Ketua Delegasi Simposium Tekstil Tradisional ASEAN           >>           The View's Meghan Mccain And Ben Domenech Are Married           >>           Dikir Maulud peringati kelahiran Junjungan Besar           >>           Beyond Stupid: Florida Court Declares It’s ILLEGAL To Grow Food In Your Own Front Yard           >>           Want To Be Self-Reliant Without Leaving The Comforts Of The City? Check Out These 10 Ways To Make It Possible           >>           KKBS adakan Majlis Dikir Syarafil Anam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Salebration
November 23rd, 2017 | 09:00 AM


School Camping Holiday
December 1st, 2017 | 00:00 AM


Creative Arts Festival
December 1st, 2017 | 00:00 AM


JERUDONG PARK SCHOOL HOLIDAY SPECIAL
December 1st, 2017 | 00:00 AM


THE BRUNEI ISLAMIC TOUR EXPERIENCE
December 1st, 2017 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:38AM

Subuh

: 04:48AM

Syuruk

: 06:10AM

Doha

: 06:34AM

Zohor

: 12:07PM

Asar

: 03:29PM

Maghrib

: 06:03PM

Isyak

: 07:16PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KKBS menggariskan empat aspirasi utama


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa bergambar ramai bersama Ahli-Ahli MMN.

 


 November 14th, 2017  |  11:43 AM  |   277 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Empat aspirasi utama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ialah untuk memasyarakatkan budaya kepada rakyat, menggalakkan pembangunan masyarakat yang progresif, menggembleng proses pembentukan belia yang memberikan manfaat kepada golongan belia dan menjadikan sukan sebagai satu mekanisme untuk memupuk semangat kekitaan dan mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat.

 

Untuk pelaksanaan tanggungjawab KKBS dalam merancang (planning) mengambil inisiatif (leading), menyusun atur (organising) dan mengawal (controlling) pelaksanaan bidang tugasnya, mekanisme 'multi-level' telah diutamakan untuk konsultasi, menyelaras, memantau dan menilai program dengan lebih bekerjasama kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, 'non-governmental organisations' dan swasta untuk keberhasilan yang lebih tinggi.

 

Perkara itu digariskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa siri Permuzakarahan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dengan Kementerian-Kementerian yang berlangsung di Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, pada Tahun Kewangan 2016 / 2017, KKBS telah menyusun pengutamaan dalam pelaksanaan program dan projek empat bidang tugasnya (kebudayaan, kemasyarakataan, kebeliaan dan kesukanan) melalui 'outreach', 'engagement' dan tindakan bersepadu seluruh jentera kerajaan.

 

Pengutamaan tersebut termasuk pelaksanaan tindakan bersepadu sektor kebudayaan dan kemasyarakatan dimulakan dengan pembukaan Pusat-Pusat Masyarakat Bistari yang merangkumi fungsi-fungsi mukim buku dan Pusat Kegiatan Warga Emas di bawah satu bumbung dan pensejajaran program-program bantuan yang sedia ada dan pembentukan program bantuan baharu untuk menghasilkan perubahan minda, tabiat dan amalan masyarakat agar lebih berdikari dan 'financially independent' telah dititikberatkan.

 

Selain itu, Sambutan Hari Belia Kebangsaan telah diadakan setiap tahun dan pada tahun ini bertemakan 'Kesukarelawan belia' yang menunjukkan kecemerlangan kaum belia di Negara dalam bidang kesukarelawan dan memperlihatkan impak positif untuk masa depan belia negara.

 

Yang Berhormat turut menyentuh pencapaian negara dalam kejohanan serantau seperti Kejohanan Sukan SEA dan ASEAN Para Games yang diadakan di Kuala Lumpur amat dibanggakan, sebagai negara kecil yang mampu melahirkan atlet-atlet yang berpotensi untuk mencapai pingat.

 

Di samping itu, KKBS bersama kementerian berkepentingan yang lain telah mengungkayahkan aktiviti riadah bersukan dengan bertambahnya acara larian serta riadah berbasikal yang diisytiharkan sebagai hobi negara.

 

Yang Berhormat seterusnya menekankan dalam membangun negara dan mencapai Wawasan Brunei 2035 memerlukan komitmen yang tinggi daripada anggota Perkhidmatan Awam dan masyarakat umumnya dari itu, sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat sangat dialu-alukan, apatah lagi sebarang cadangan kerjasama dan usaha sama, khususnya dalam mendukung program dan inisiatif kementerian yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan.

 

Sesi permuzakarahan kali ini dihadiri oleh 14 Ahli MMN yang diketuai oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari dan dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Taklimat juga telah disampaikan oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid.

 

Sesi Muzakarah telah disusuli dengan Sesi Dialog antara Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN dan pihak KKBS dalam suasana silaturahim, muhibah dalam bercambah fikiran dan berbincang secara terbuka dalam usaha kedua-dua pihak merancang program dan aktiviti yang lebih berkesan dalam meningkatkan kesejahteraan semua.

 

Sebelum pemuzakarahan dimulakan, Ahli-Ahli MMN telah berkesempatan mengadakan lawatan dan meninjau dengan lebih dekat kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Belia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


2,000 Job, Training Opportunities Offered

 2017-11-22 08:57:31

North Korea Defector Wakes After Being Shot Crossing The DMZ

 2017-11-22 09:06:42

Asian Stocks Surpass 2007 Peak in Global Rally: Markets Wrap

 2017-11-22 09:32:34