FacebookInstagramTwitterContact

 

Alexis Sanchez Move To Man United Shows Age Is No Longer A Factor           >>           Bloodied But Unbowed, Ronaldo Fights For His Status In Madrid, Globally           >>           Edin Dzeko Transfer In Doubt With Chelsea, Roma At Odds Over Bonuses           >>           Man City See Off Bristol Challenge, Reach First Final Under Pep Guardiola           >>           De Gea, Courtois Lurking As Navas' Future Remains Unclear After Kepa Deal           >>           In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked           >>           $54 Billion Fund Seeks New Risks to Counter Fading Stock Premium           >>           Post Confirmation           >>           Oman Weighs $2 Billion Loan After Multi-Billion-Dollar Bond           >>           Over 205 Students Receive Contributions           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


ITS A GIG 7
January 24th, 2018 | 20:00 PM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:04AM

Subuh

: 05:14AM

Syuruk

: 06:36AM

Doha

: 06:59AM

Zohor

: 12:33PM

Asar

: 03:55PM

Maghrib

: 06:29PM

Isyak

: 07:42PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembayaran gaji dua kali sebulan bermula Januari 2018


HADIR pada sesi taklimat tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 


 November 14th, 2017  |  11:42 AM  |   1179 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Kira-kira 13,000 warga Perkhidmatan Awam dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya akan terlibat dalam inisiatif pembayaran gaji dua kali sebulan apabila ia mula diperkenalkan secara rintis mulai Januari 2018.

 

Perkara tersebut didedahkan  oleh Setiausaha Tetap (Dasar dan Pelaburan) di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa taklimat mengenainya di Dewan Teater, Kompleks JPM.

 

Hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai di JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya.

 

Menurut Dato Paduka Awang Ahmaddin, langkah tersebut dibuat mengambil kira pendekatan yang telah dibuat bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan aliran tunai pegawai dan kakitangan untuk membiayai keperluan harian di samping memudahkan perancangan perbelanjaan dan dengan itu dapat membantu kelangsungan aktiviti komersial dan perekonomian dalam negara dan seterusnya menjadikan ekonomi domestik lebih berdaya tahan.

 

Menurutnya juga, pembayaran gaji melebihi sekali sebulan itu lazimnya dipratikkan di kebanyakan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.

 

Seterusnya, beliau menambah bagi membolehkan Jabatan Perbendaharaan menilai dan meneliti maklum balas pada peringkat ini, projek yang akan dilaksana secara rintis akan melibatkan dua kementerian sahaja iaitu Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

 

Beliau menambah, memandangkan Sistem Gaji Berkomputer dan Sistem Gaji Hari adalah di bawah kawalan Jabatan Perbendaharaan maka maklum balas segera akan dapat diperolehi melalui pelaksanaan rintis di Kementerian Kewangan.

 

Pelaksanaan rintis tersebut akan melibatkan semua pegawai dan kakitangan di bawah JPM dan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya yang berjawatan tetap, berkontrak, sebulan ke sebulan, 'open vote' dan bergaji hari.

 

Pegawai dan kakitangan dari Badan Berkanun dan Government Link Companies (GLC) serta peserta Skim i-Ready dan Pusat Pembangunan Kapasiti tidak terlibat di dalam pembayaran gaji dua kali sebulan itu.

 

Pembayaran gaji dua kali sebulan juga tidak melibatkan pembayaran-pembayaran Pencen Perkhidmatan, Elaun Pencen Tua, Elaun Gelaran, Bantuan Kebajikan, Elaun Kurang Upaya dan lain-lain.

 

Dalam taklimat tersebut turut menyentuh kaedah pembayaran gaji dua kali sebulan iaitu bagi gaji bulan akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh akan dibayar pada penghujung bulan, sementara itu slip gaji masih lagi dikeluarkan sekali sebulan pada bulan berkenaan.

 

Manakala bayaran gaji yang melibatkan gaji hari akan dibuat melalui Sistem TAFIS di mana jumlah gaji yang akan dibayar adalah mengikut pengiraan jumlah hari dan potongan bulanan pula dibahagi dua untuk dipotong daripada jumlah gaji yang dibayar.

 

Jabatan berkenaan juga akan memasukkan maklumat ke dalam Sistem Gaji Hari pada minggu pertama setiap bulan bagi kedatangan penuh dan mana-mana potongan termasuk ketidakhadiran bekerja pada bulan berkenaan akan dipotong melalui gaji bulan berikutnya.

 

Sementara itu, bagi pembayaran gaji melalui baucar pembayaran, jumlah gaji dan potongan bulanan akan dibahagi dua untuk dibayar dan dipotong pada pertengahan dan penghujung bulan. Bagi potongan yang perlu yang disalurkan ke pihak ketiga seperti caruman TAP dan SCP akan dibayar ke agensi berkenaan (pada hujung bulan).

 

Pelaksanaan pembayaran gaji dua kali sebulan itu juga telah mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak institusi-institusi kewangan.

 

Semasa ditemui oleh Pelita Brunei, wakil dari bank tempatan, Ketua Perbankan Pelanggan BIBD, Dayang Nurul Akmar binti Jaafar menjelaskan, pihak bank melalui Persatuan Bank-Bank Brunei akan membuat dua potongan bagi segala pembiayaan pelanggan dan ini berdasar kepada pembayaran gaji daripada pihak kerajaan iaitu sebanyak 50 peratus pembiayaan akan dipotong pada pertengahan bulan dan selebihnya 50 peratus pembiayaan lagi pada penghujung bulan.

 

Sementara itu, salah seorang warga Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abdul Haadi bin Haji Awang Thabit semasa ditemui setelah taklimat berkenaan berpendapat, secara rasionalnya pembayaran gaji dua kali sebulan memberikan faedah dan kebaikan dalam menjana ekonomi dalam institusi kewangan keluarga yang berpendapatan kecil dalam mengatur perancangan perbelanjaan yang berhemah dan mendukung aktiviti komersial di negara ini.

 

Sebagai langkah untuk memberikan penerangan lanjut berkenaan inisiatif pembayaran gaji dua kali sebulan ini beberapa siri taklimat juga akan diadakan kepada semua pegawai dan kakitangan JPM dan Kementerian Kewangan. Maklumat lanjut mengenai inisiatif rintis ini juga boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Kementerian Kewangan di alamat 'www.mof.gov.bn' atau menghubungi talian 2383444.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Something ‘Fishy’ In Electoral Roll For Luyang Constituency – DAP

 2018-01-24 09:19:39

Pakistan Zainab Murder: Police Arrest Suspect

 2018-01-24 09:42:49

In Hong Kong's Hot Stock Market, Warning Signs Go Overlooked

 2018-01-24 11:18:56